Thursday 14 March 2013

tak selamanya mekar mewangi..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.. Salam one nation..

Sekian lama aku meninggalkan dunia blogging. Kini aku seperti ingin berjinak-jinak kembali. Ingin berkongsi segala cerita yang aku ada. 

Tak selamanya mekar mewangi.. Post pertama aku kat blog ni. Bersebab sebenarnya. Selalunya orang kaitkan mekar mewangi ni dengan rasa bahagia. Ya, begitu juga aku. Namun sayang bahagia tu tak kekal. Pasti berhikmah segala ketentuanNya. Cuma lambat atau cepat saja hikmah itu menjelma.

Saat bahagia menjelma, semuanya terasa indah di pandangan mata. Tiada satu pun yang tercela. Tiada satu pun yang tak memberi makna. Tapi bila bahagia mula mengundur diri, serba tak kena jadinya. Tercari-cari di mana silapnya diri. Tertanya-tanya apa punca ini terjadi. Namun masih kosong tanpa jawapan.

Perginya bahagia itu pasti bersebab. Lebih elok andai diperjelaskan. Agar hati tak bersangka buruk. Agar hati tak menangis sendiri. Agar hati menerima takdir Illahi. Andai didiamkan, pasti banyak episod tambahan dalam cerita. Pasti sengketa mula menunjukkan muka.

Jelaskan satu-persatu puncanya. Bukan sekadar ucapan maaf. Hati yang mula menyayangi tak mudah untuk melupakan. Berilah seribu alasan sekalipun, belum tentu hati mudah nak melupakan. Kerana sekali dia sayang, selamanya bertakhta walau secebis cuma.

Ku mohon penjelasan dan pengertian. Bukan hanya ucapan maaf. Maafmu tak bererti andai tiada penjelasan. Maafmu tak bermakna andai tiada pengertian. 

kata anak cik zoul :: gempak jugak entri pertama aku ni. muahaha